Saturday 28 January 2012

Rainbow Cupcakes

Petang semalam...tertunai jua..kerana berjaya membuat rainbow cupcakes nie..dah lama dok mandang je..kat blog kak Ita Masam Manis...telan air liur je..setiap kali memandang..rupa-rupanya memang sedap..lemak..dan gebus..anda bila lagi..Jom Layan...



Tak sempat nak tinggalkan untuk cik abang..dah licin...takpe...ye bang jangan marah..nanti leen buat lagi banyak2...sebab adunan ni boleh dapat 12 biji je..saiz besar..tu yang cepat habis...

Minta izin kak ita ye..saya CNP kat sini..


BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By :
Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama
BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

Sos Lada Hitam..ala-ala Kenny Rogers


Semalam ..dok blogwalking..terjumpala resepi nie..apalagi tetiba je ..dok tebayang sos kenny rogers yang sedap tu..maka dengan semangatnya ..aku pun terus je..mencuba....bila jilat je..sos ni..pehhhh...memang sebijik kat restoran tu..pada saya bukan ala - ala lagi...memang terangkat habis...resepi dia mudah aje..apalagi kekawan..cubala...pasti nak buat lagi..Jom kita layan resepinya

Sumber : My Resepi acik yarn
Resepi: Sos lada hitam
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu) - tak letak
  • seketul kiub ayam knors - saya tukar sedikit serbuk secukup rasa-maggi
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat - saya ganti kicap manis
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • 1 sudu kecil lada sulah - saya tambah
  • tepung jagung(standby)
Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Terima kasih buat acik yarn kerana bagi resepi nie..memang sebijik...

Friday 27 January 2012

Cupcake Coklat Lembut Chef Zubaidah




Hari Rabu lepas ...anak ku Si Faris dok sibuk suruh mamanya buat kek...sebab dia tak sabar sangat nak tampal gambar icing image 'CARS' kegemarannya tu...apa lagi aku buatla..jugak..sebab selagi tak buat ..bising memanjangla dia...
resepi Chef Zubaidah ni saya ambil dari blog kak Azlita..asal caranya kukus tapi..sebab resepi kata boleh bakar..maka aku pun cubala..dan hasilnya..memang lembut kek nie..dan sedap...Jom apa lagi cubala..

KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resepi : along@myresepi
Sumber : Mas
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor -ita letak 200 gm aje
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder
Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.
Resepi Icing:
BUTTERCREAM

250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing
200 gm golden syrup

Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
Sesuaikan dgn warna pilihan anda.
* Saya guna separuh adunan je..buat icing nie..lepas tu golden syrup tu saya ganti dengan madu..dan..takde krimwell pun takpe..kalu untuk makan sendiri...bila digabungkan...sedap gak..he..he..anda cubala...

Tuesday 17 January 2012

Apam Mekar Simple

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari nie..saya nak tunjukkan Apam mekar yang saya buat semalam...tak sangka menjadi pulak..walaupun  salah tengok resepi..resepi 2 biji..saya letak 1 biji..manakala susu segar ..saya tukar susu cair sebab itu je ada kat rumah..dan tak sabar pulak nak membuatnya..sebenarnya berkira - kira juga nak membuatnya..sebab tak ada bekas yang berlubang...untuk buat apam mekar.....tapi bila dok tengok gambar dan resepi dari kak CT Delima ..bahannya simple dan gambar apamnya mcm dari bekas kuih lompang ..terus je saya mencuba..untung - untung kot menjadi..berdebar - debar jugala bila time nak membuka kukusan tu selepas 15 min...sekali buka..wahhh..menjadi rupanya..sukanya hati..menjadi gak...Jom kita tengok kejadiannya..


Pada sesiapa yang ingin mencuba resepi nie..saya sarankan cuba setengah adunan dulu..sebab dapat banyak dalam 60 biji lebih..cup kecil..dan guna piping bag semasa mengisi apam...saya guna sudu agak lambat nak masuk dalam acuan..tak sabo rasanya..kerana adunannya agak pekat...dan lambat mengalir...mungkin kalau ikut resepi betul..iaitu guna 2 biji telur dan susu segar..mungkin berbeza...apa - apa pun..mungkin saya akan cuba lagi....dan Apam nie mempunyai teksturnya yang agak padat tapi gebu..dan sesuai minum sambil cecah dengan air kopi..he..he..Jom kita layan resepinya...minta izin kak ct delima ye..saya copy resepi tu disini...

Apam Mekar
Resepi dari Hanieliza

Bahan-bahan:
250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna biru dan purple
Acuan kertas

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna biru dan purple dalam setiap adunan dan 1 adunan lagi dibiarkan dalam warna asal.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag utk setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap adunan berwarna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Bila telah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Nota:
Jika tak suka warna-warni, atau tak suka warna biru dan purple, boleh gunakan warna pilihan sendiri.

Monday 16 January 2012

Bubur Kacang Hijau Durian


Sebenarnya dah lama buat bubur durian ini...masa musim durian tempoh hari...cuma pic nie dalam kamera dan entah ke mana kamera tu..abang saya letak..sekarang baru jumpa...tu yang terus post resepi nie..
Jom kita layan resepi nie..yang saya buat...tentu ramai dan tahu membuatnyakan..

Bahan:
Kacang hijau - anggaran ikut sukala
gula merah,melaka
sedikit gula pasir
sedikit halia - sesiapa yg sukalaa utk versi tiada durian
secubit garam
santan
beberapa ulas durian..

Cara:
1. Rebus bubur kacang hingga kembang dan masak..
2. Masukkan santan dan sedikit air.
3. Letakkan air gula melaka dan gula pasir ataupun hirisan gula melaka @ gula merah.
4. Kacau sehingga semua gula mencair dan letakkan sedikit garam dan halia.
5. Masukkan beberapa ulas durian ikut suka..
 6. Tunggu mendidih dan siap dihidang.

Sesiapa ingin kuah lebih boleh tambahkan air..sebab bila kita bubuh durian nie..kuah akan bertambah pekat..
Selamat Mencuba..Memang Terangkat.

Kari Ayam Simple...tanpa santan


Sumber: Resepi Ibunda

Resepi:  Kari Ayam Simple

Bahan:
6-8 ketul ayam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
sedikit kunyit hidup @ serbuk
3-4 sudu besar kari ayam
air asam
rempah tumis - kayu manis,bunga lawang
sedikit garam
Sedikit minyak
Perasa

Cara:
1. Basuh ayam sehingga bersih dan tidak berbau hanyir.
2. Blender bawang, kunyir,halia sehingga agak halus.
3. Masukan minyak dalam kuali.Tumis rempah tumis dan bahan yang diblender tadi.
4. Setelah naik bau, masukan kari ayam dan kacau lagi.
5. Letakkan sedikit air dan letakan ketulan ayam.
6. Kacau dan letakan air asam serta tambah air sehingga agak terrendam ayam tersebut.
7.Biar mendidih dn sesekali di kacau sehinggala..air kering dan pecah minyak dan tutup api.

Enak dimakan bersama nasi panas mahupun nasi himpit. Selamat Mencuba.

Saturday 14 January 2012

My Little Princess...Nur Fatini Sofia..

Selamat Malam...semua..
Dalam dok bersemangat berblog nie..lupa pulak nak post gambar..ahli baru dalam keluarga leen nie..sorry sofia..jangan marah mama ye...maklumla..mama ni tengah semangat berblog..he..he..so galang gantinye...mama post kan gambar sofia..untuk kenangan sekeluarga dan pengunjung blog mama nie..jom kita tatap gambar my little princess nie...dilahirkan pada 25 Oct 2011...pada 730 mlm...dengan sepenuh kudrat yang ada..lahirla puteri keduaku..yang tak banyak kerenah..hingga kini hampir 3 bulan..sayang mama..muah..muah




 Rezeki sofia banyak dapat beg...jangan esok besar..gila handbag macam mak long Mama Mimi sudah..he..he..jangan marah kak..gurau je..

Ucapan terima kasih buat semua saudara mara,makcik, pakcik, mak su suzan,atuk,mak tuk,uwan...sahabat handai dan jiran tetangga..yang sudi melawat dan memberi hadiah...buat my little princess nie...segala jasa kalian akan saya kenang dan amat hargai selama-lamanya...

Friday 13 January 2012

Ucapan Salam Perkenalan...

Thank You Pictures, Images, Comments, Photos, Graphics
Thank You Images - Photobucket - Shop


Rose tq ini.. ditujukan khas buat blogger eiramalik-Finland dan Kak Sam-Penang kerana sudi menjengah ke blog yang baru je lahir ..nie..jutaan terima kasih buat kalian berdua..semoga jalinan persahabatan kita di alam maya ini akan berterusan..salam kenal...

Ayam Goreng Berempah

Minggu ini..boring pulak tengok ayam...asyik resepinya dibuat sup atau goreng kunyit je selalu...try nak cari resepi lain sikit...bila dok rayau lihat blog masakan internet nie..teringin pulak nak cuba buat resepi ayam goreng berempah untuk anak - anak...Jom kita layan gambarnye dulu..

Resepi nie memang telah mengubah ayam nie..jadi sedap dimakan dengan rasanya yang berempah dan garing. Sedap dimakan bersama nasi ketika masih panas...pasti licin...apa lagi..cubala...
Resepi: Ayam Goreng Berempah

Rujuk: Resepi Raidah

Bahan-bahan:

 1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
 5 ulas bawang putih** - kisar
 2 biji bawang besar** - kisar
 1 inci halia** - kisar
 5 batang serai**- 3 btg pun cukup..tapi lagi byk lagi sedap - kisar 

 1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)** - 1 sudu besar serbuk ketumbar - saya guna 
 1 sudu besar serbuk jintan manis - saya tambah
 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
 1 sudu besar serbuk cili - ganti serbuk lada putih
 1 sudu teh serbuk kunyit
 3 sudu besar tepung jagung
 1 biji telur
 1 tangkai daun kari - saya tak letak
 Minyak untuk menggoreng.
 Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
 

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari,
lalu diperap.
 2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
 

Apam Coklat Simple 2

Hari Rabu hari tu ...buat apam nie..lagi..sebab pertama...anak - anak suka ..kedua sebab tak puas hati kejadian apam yang pertama hari tu..sebab leen guna blender je..kali nie try pakai hand mixer...hah...barula menjadi apam..puas hati..jom kita tengok kejadiannya..he..he..

Tuesday 10 January 2012

Apam Coklat Simple...

Malam tadi..dok sibuk cari resepi yang mudah untuk dimakan oleh anakku esok hari..dr blog ke blog jumpala resepi apam nie..Jom kita layan resepi apam nie..



APAM COKLAT by Alma MyR

Bahan:- (kurang lebih 16 biji)
·         1 cawan tepung gandum
·         1/2 cawan gula
·         1/2 cawan susu pekat
·         1/2 cawan minyak masak
·         1/2 cawan air
·         1bj telur
·         1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·         1 atau 2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara:-
1.    Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
2.    Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
3.    Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...
Kalau rasa anak2 gemar apam nie..terus je gandakan bahan2 resepi nie..sebab saya rasa sikit sangat..kang tak sempat mama dia  nak merasa gak..he..he..

Donut Coklat...

Semalam Mama Leen buat donut coklat...resepi asal donut ball..dan terjadinya coklat nie..sebab bahan donut nie guna susu tepung..yg ada kat umah...susu tepung perisa coklat ..si faris punya..apa lagi..jadila ia donut coklat..Jom kita lihat hasilnya..



Resepi nie..ambil dari blog Masam Manis..

Donut Ball

Resepi asal:
DayangJack@DapurKu SaYang
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2  1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung

1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)

gula saduran**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


Monday 9 January 2012

Kek Pisang...

Dah lama buat kek pisang nie..cuma nak entri je..yang tak sempat...balik kampung hari tu ..mak kasi buah pisang..smpi umah tau jela...kang busuk pulak...banyak sangat aktiviti at umah ..he..he.smpi terlupa lak dengan pisang nie..husband pulak dok bising..akhirnya..aku buat la kek pisang nie..sekaligus merangkap untuk bekalan anakku pegi sekolah..Jom kita intai resepi ..dari rakan blog masakan..



Resepi Kek Pisang

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Friday 6 January 2012

Hari pertama persekolahan 2 anakku..

Awal minggu hari tu..2 orang anakku si Nurin dan Faris mendaftar Tahun 1 dan tadika 5 tahun.
Punyala happy dia orang nie...dah tak sabar nak gi sekolah terutama si Faris..suka ikut abang dan kakaknya ..kalu abangnya pakai kasut dia pun sibuk nak pakai jugak...nilah antara aksi mereka...



Balik je sekolah...si faris terus je buka bekal yang tak sempat dimakannya kat tadika...



Semoga anak mama semua...jadi anak yang soleh dan mudah menerima semua ilmu yang dipelajari..amin..

Tuesday 3 January 2012

Serangan Apam Angry Bird...2012

Selamat Tahun Baru...semua..hari nie..kita bersiaran dengan serangan apam angry bird...dah lama dah nak mencuba deko 'angry bird' nie...hari tu..baru terlaksana membuatnya..konon nak bawa kenduri kat rumah akak ipar..dekat seratus biji buat ..lebih separuh dah dok dimakan oleh anak2...tak dapat nak buat banyak sebab si kecik dah start menangis...apa2 pun dapatla sikit dibawa utk dimkn dok bebudak yg ada kat sana..Jom kita layan..angry bird ...part 1...



Suka betul tengok bebudak nie..makan apam..ditambah ada filling blueberry didalamnya..Sesapa nak mencuba boleh try resepi nie..saya ambil dari intenet....Sapa yang first time buat..berpeluh gakla...mendekonya...he..he...sabo..jela...dan sape tak larat tu...boleh la order kat saya..he..he...acah je tuu



APAM DOT DOT
by : Eiza Hamid 

3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Masukkan semua bahan2 kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang anda suka pada  adunan tersebut. Mulala mendeko atau lukis corak kesukaan anda.
Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Pastikan api sederhana panas.
Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Hidangkan ketika panas.
Selamat Mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...