Wednesday 29 February 2012

Ayam Panggang ala Kenny Rogers...

Buat ayam nie hujung minggu hari tu...tetiba husband suruh buat pulak...sebab dulu pernah buat dia kata sedap...Ayam nie memang sedap...Jom kita layan resepinya



Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger ( sumber : Dapur Hana )

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar

Tuesday 28 February 2012

Kentang Tumis Berlada

Satu lagi menu simple hari nie...sesuai yang tak berkesempatan untuk masak berat - berat tapi perut dah lapar..stok bahan basah pun dah habis...bolehla cuba resepi nie...
Menu ni...mak Leen buat dari Leen kecik2 lagi...memang membuka selera...


Resepi: Kentang Tumis Berlada

Bahan2

2 biji kentang
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sedikit ikan bilis
3 biji lada hijau
3 biji lada merah
1/3 cawan air asam jawa
1/3 cawan air
garam
minyak

Cara:
1. Hiris nipis kentang.
2. Hiris bawang dan lada. Tumbuk ikan bilis.
3. Kemudian tumiskan bawang,ikan bilis dan lada hingga naik bau.
4. Letakkan sedikit air, kemudian masukkan kentang. Biarkan kentang sedikit empuk.
5. Letakkan air asam jawa dan kacau serta tunggu hingga kentang empuk.
6. Agak2 air dah kering sedikit serta kentang dah empuk. Tutup api.
7. Hidangkan.

Selepas langkah ke 6, nak masukkan telur sebiji dan kacau hingga sebati dengan kentang...pun sedap...cubala...




Ayam Masak Kurma

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Hari ini Leen nak post hidangan kegemaran anak - anak iaitu Ayam Masak Kurma..Kalau masak menu ini memang bertambahla mereka makan...tak cukup sesenduk nasi..mesti bertambah..Resepi ni macam biasalakan..mesti ramai dah cuba berkurun2 lamanya...Leen saja simpan disini untuk dibuat koleksi keluarga...Caranya sama macam resepi di dalam pek bungkus kurma Adabi cuma Leen tambah air asam jawa lagi sedap...Jom cuba...


Resepi: Ayam Masak Kurma

Bahan2:

6 ketul Ayam yang telah dibersihkan
1 kotak santan segera - KARA
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris halus
1 biji kentang - belah empat
2 - 3 sudu besar kurma ayam - Adabi
sedikit rempah tumis..satu jenis ambil satu ( bunga lawang,kayu manis, bunga cengkih)
Minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
1 cawan air
garam
serbuk perasa
1 biji Lada merah - kalu nak rasa pedas, masukan dalam kuah kurma...

Cara:
1. Tumis rempah tumis dan masukan hirisan bawang dan halia.
2. Bila dah naik bau...masukan pes kurma dan kacau sekejap.
3. Masukkan ayam dan sedikit air, kacau dan tutup seketika atau hingga ayam agak empuk.
4.Kemudian masukkan santan, kentang dan air asam dan air..agakkan kepekatan kuahnya.
5.Campurkan garam dan serbuk perasa dan rasakan kuahnya. Tunggu mendidih.
6. Bila dah didih..rasakan kuahnya...jika kurang rasa...tambahkan apa yang patut...
7. Bila dah masak, hias dengan lada merah dan siap dihidang.



Sunday 26 February 2012

Super Moist Eggless Chocolate cake for...My hubby

Happy birthday to u.....Happy birthday to En.Faizal...Happy Birthday to u....Selamat Hari Lahir abang..Semoga Kasih Sayang Abang terhadap Leen berkekalan hingga ke Syurga...Cewahh..hi..hi..

Hari ni..Hari Lahir My hubby n Kek simple ni..khas dibuat untuknya...

Semalam plan nak buat kek untuk my hubby...leh2 tengok kat dapur..telur dah habis..nak keluar malas..lepas tu dapat idea cari kek yang tak pakai telur...tinjau punya tinjau ..dapat satu resepi nie..tapi pakai yogurt..nak beli yogurt pulak..jalanla ke dapur Diana Sky blue...terjumpa la resepinya...maka Mama Leen pun cubala...memang berbaloi..moist n lembut je...masuk dalam peti ais lagi best....sesuai untuk menu petang dan anak-anak suka sangat....

Resepi: Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan-bahan:

Loyang 6-7 inci
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk(dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco @ chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran @ minyak jagung
1 sudu kecil cuka @ jus lemon

Cara - cara:

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu tepung, garam dan gula perang. Kemudian di kacau rata - rata.

3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan- lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta hingga sebati.

5.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 - 40 minit atau hingga masak.

6. Sejukkan kek setelah masak. Hiaskan dengan topping kegemaran.

Thursday 23 February 2012

Rainbow cupcakes ..lagi....

Semalam dok buat rainbow cupcakes ni...plan..nak kasi member..asyik dok tanya je..bila nak bagi...kesian pulak...first time buat dulu...macam tak cukup...semalam dok buat doublekan adunan..tu..lepas siap je...aikk..apasal lain macam je..rasanya..tak sesedap masa mula2 buat dulu...macam lembab sikit...rasa2nya telebih mentega kot...maka tak jadila nak kasi kat member..anak2 la yang perabihkan...anak2 pulak macam pandai lak..kali nie slow je dia makan...Jom kita tengok hasilnya...yang kurang jadi nie..



Kalu ada masa ...kita cuba lagi...


Kisah Si Faris..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Hari ni..leen nak buat selingan sekejap..post gambar anak2 pula...asyik tayang masakan aje...takde pulak kenangan pasal anak2...
Semalam dok mengajar si Faris ni..buat nombor 8..beria -ia dia membuatnya...macam tula hari2..balik sekolah je tunjuk buku ada kerja sekolah terus je nak buat..bagus anak mama...suka anak2 bila mama dia dah tak keje tahun nie...



Tengokle tu...kusyuk dia membuatnya..sampai mulut muncung ke depan...



Lepas tu..aktiviti seterusnya.... cium adiknya..sampai menangis dikerjakannya...kadang2 si adik nie macam dah biasa dah..dengan si abang dok buat dia macam nie...Faris..Faris..

Monday 20 February 2012

Sotong Sumbat - WHI

Assalamualaikum..dan Selamat Pagi semua...alhamdulilah akhirnya saya dapat kembali berblog almaklumla..internet kat rumah ada masalah takleh nak 'access' pulak....tunggu cik abang godek2 ...barula ok.. minggu lepas dok tengok WHI ( Wanita Hari Ini ) kat TV3 dia dok tunjuk resepi Sotong Sumbat nie..teringin pulak mencuba...tu yang terus je mengoda kat cik abang beli sotong..dalam resepi ni intinya ada sengkuang..oleh kerana takde sengkuang maka saya ganti ngan kentang..hasilnya ok gak ..tapi kalau ada sengkuang lagi rangupla rasanya...takpe lain kali cuba lagi...anak - anak pun suka...



Sumber: WHI TV3

Resepi: Sotong Sumbat

Bahan2:

5 ekor sotong - telah dibersihkan
1/2 biji lobak merah - di sagat
1/2 biji sengkuang - di sagat
1 biji bawang merah/besar - ditumbuk halus
1 biji bawang putih - ditumbuk halus
sedikit halia - ditumbuk halus
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
sedikit serbuk lada sulah
sedikit lada hitam
serbuk perasa - jika suka
1 biji telur
sedikit serbuk roti ( breadcrumbs)

Cara:

1. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan lobak dan sengkuang yang telah disagat ke dalam kuali. Gaulkan.
3. Masukkan lada sulah, lada hitam, garam dan perasa. Gaul rata.
4. Rasakan intinya jika ok matikan api dan biarkan sejuk seketika.
5. Pecah telur dan letak sedikit garam..kemudian kacau.
6. Bila inti dah sejuk masukkan ke dalam sotong dan sumbatkan ia..jangan terlalu padat.
7. Bila dan sumbat, tutup dengan lidi satay.
8. Sotong yang telah siap disumbat kemudian di gaul dengan telur dan breadcrumbs.
9. Terus goreng ke dalam kuali yang telah panas.
10. Siap dihidang.

Note: Semasa menumis jangan letak banyak minyak dan tumis jangan terlalu lama.

Resepi nie main ingat2 je..sebab tak salin pun masa tengok kat TV..jika ada kekurangan..pandai2la ubah ye..


Bila rasa intinya ...emm memang sedap...ditambah ada rasa dan bau lada hitam..tu..memang terangkat habis ..kalu ada sengkuang lagi rangup...anda bila lagi cubala...anak - anak mesti suka..


Wednesday 8 February 2012

Udang Masak Masam manis

Hai..Selamat Pagi semua...resepi ni dah lama buat cuma tak sempat nak N3...resepi ni sesuai untuk sesiapa yang nak cepat masak..n nak cepat makan..sebab dah lapar...anak-anak paling suka kalau mama dia masak macam nie..habis licin dimakannya...Jom kita intai cara membuatnya...


Bahan:

8 - 10 ekor udang yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 cm halia
2 sudu besar cili boh @ lada kering yang telah dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram - jika suka
air asam
sedikit garam
sedikit perasa
sedikit air

Hiasan:
sedikit lobak merah
Lada merah

Cara:
1. Tumis bawang merah,putih dan halia..hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan gaul lagi. Letakkan sedikit air.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram..renihkan seketika.
4. Masukkan udang dan letakkan sedikit air asam..gaulkan.
5. Letakkan sedikit garam dan perasa. Gaul lagi.
6. Bila hampir masak hiaskan ikut citarasa anda.
7. Matikan api dan sedia dihidang.

Resepi yang mudah dan cepat...Jom cubala...


Thursday 2 February 2012

Hidangan Zaman Kanak2: Part 2

Resepi: Sambal Asam Tempe Berlada ala Jawa

Resepi nie..pun mak Leen selalu buat..kerana ia cepat dan mudah..terutama kalu ada tetamu datang..make sure ada bahannya la kat peti ais..bila di tumis..pehh..semerbak baunya..memanggil2 perut tetamu yang datang minta diisi..he..he..Sapa yang suka tempe..cubala...


Bahan - bahannya:

Sekeping tempe - yang dalam plastik tu..
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
lada besar - merah dan hijau - jumlah ikut suka lagi banyak lagi powerr
sejemput ikan bilis - ditumbuk
air asam - sejemput asam jawa dicampur dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa - jika suka


Caranya:

1. Tumis bawang, ikan bilis dan lada hingga naik bau.
2. Masukkan tempe yang telah dihiris kecil. Gaulkan.
3. Masukkan air asam, garam dan serbuk perasa.
4. Tunggu hingga mendidih dan air asam nampak dan menyerap pada tempe tu, kemudian tutup.
5. Hidangkan.

Sedap dimakan bersama ikan masin......Tip menu begini..tak boleh banyak sangat lauk sampingan lain..
nanti tak rasa feel dia..he..he..sesuai juga dibuat lauk masa bersahur..tapi jangan banyak lada kang pedih perut pulak...

Hidangan Zaman Kanak2 - Part 1

Resepi: Sotong Tumis Hitam Berlada

Hai..selamat pagi..hari ni..saja nak tayang hidangan dah lama buat cuma tak sempat n3 kat sini..Resepi nie..selalu mak leen buat masa kecik-kecik dulu...sekarang husband n anak - anak pun suka...resepi nie tentu ramai dah buat..tapi leen saja post kat sini buat kenangan...resepi nie main agak2 aje...


Bahan:
Sotong - anggaran 10 ekor (sedang) - tinggalkan dakwat hitamnya dalam 4 biji
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
4 lada besar merah dan hijau - dihiris
1inci halia
sedikit kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
sejemput asam jawa campur sedikit air (air asam)
serbuk perasa - Cukup Rasa Maggi

Cara:
1. Siang sotong hingga bersih dan tinggalkan hanya 4 dakwat hitamnya sahaja..sapa nak lebih pun boleh.
2. Tumis bawang merah,bawang putih, halia dan lada besar hingga naik bau.
3. Masukkan sotong, gaulkan dan biarkan seketika hingga keluar airnya dan mendidih.
4. Bubuh kunyit, garam, sos tiram dan serbuk perasa.
5. Air sekali masukkan air asam dan tunggu hingga mendidih dan masak.
6. Hidangkan.
Enak dimakan bersama nasi panas. Nyum..nyum..

Wednesday 1 February 2012

Ikan Mabong Masak Kicap..

2 hari lepas buat resepi ni..nak N3 je yang tak sempat...masak kicap ni adalah masakan kegemaran anak - anak..kalu buat gerenti licin..Jom cuba..


Bahan:

3 ekor Ikan Mabong - digoreng kunyit
1biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia
4 biji lada merah dan hijau
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
 air asam - sejemput asam jawa dicampur dengan sedikit air
sedikit serbuk perasa -secukup rasa maggi
sedikit lada hitam kisar

Cara:
1. Mula, lumur ikan bersama kunyit dan garam. Kemudian goreng.
2. Tumis halia, bawang, bila dan naik bau masukkan hirisan lada dan tumis sekejap.
3. Campur sedikit air. Bubuh sos cili, sos tiram, kicap, serbuk perasa dan garam.
4. Bila agak mendidih masukkan air asam. Kemudian masukkan ikan dan gaul bersama kuah tadi atau tuangkan kuah keatas ikan yang telah siap digoreng tadi.
5. Hidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...