Friday 16 November 2012

Nasi Ayam Ipoh...yg simple je...

Assalamualaikum....

 
 
 
Apa khabar semua....sibuk nampak.....almaklumla bila bebudak nie cuti sekolah...rumah masya allah tunggang langgang jadinya..dah kemas sepah balik...macam tula...budak-budak nie...bila buat sepah kat dalam... luar rumah pulak dikerjakannya....tu belum lagi kengkawannya datang bermain kat luar rumah nie...riuh rendah jadinya....sabau jela...
 
sempena cuti sekolah nie..ha...saya dah tetapkan kat anak2 nie....boleh keluar rumah bermain kul 11...sebelum tu kenala sarapan...buat latihan sikit...kalau dilayan memang budak nie..ingat nak main je...tambah lagi dugaan kawan2 dtg awal pagi...ajak main...
 
okla kita tinggalkan cerita pasal anak2 den nie ha..kejap..kita layan menu masa cuti deepavali ari tu...dimana direquest oleh cik abang nak makan lauk yg jarang aku masak.....apalagi aku teringat kat resepi kak ita masam manis nie...terus je ku mulakan projek memasak nie dengan penuh kasih sayang...cewahhh ha..ha..Jom masak...
 
Sebab nak cepat makan.... ku pilih resepi nasi ayam yg agak senang dan cepat penyediaannya...lebih kurang 1 jam gitu...Pada blogger kak ita..mohon saya tepekkan resepi nie kat sini pulak ye....tq
 
Nasi Ayam Ipoh
Rujuk: Masam manis
 
Mula-mula....sediakan...
 
Sup Ayam
 
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidang hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama agak2 warna dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
 
 
Nasi Ayam
 
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Cili Merah
 
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata
 
 
 
Cili Kicap
 
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan


Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap!
 


Cik abang pun kata sedap takyah pegi Ipoh..hi..hi...aku buat simple je tak letak hiasan apa2 pun sebab bebudak nie bukannya makan pun timun, tomato tu...leh2 kang maknya juga yang kena perabihkan..

ok..Selamat Mencuba ye....

Thursday 8 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum...


 
Selasa lepas, 6hb November sekolah Nurin telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2012...buat pertama kalinya anak saya si Nurin nie juga turut berjaya sebagai penerima anugerah di sekolahnya pada tahun ini...
 
 

Semoga dengan anugerah ini menaikkan lagi semangat Nurin untuk terus meningkatkan lagi prestasi pembelajarannya kelak....Bersyukur padaNya atas kurniaanNya pada hambamu ini...
 
 
Anugerah Skor 5A...Tahun 1....
 
Buat si abang..Muhammad Haiqal Fiqri....teruskan usaha dan tingkatkan dirimu di tahun hadapan..... Mama n Ayah sentiasa mendoakan semua anak mama berjaya di dunia dan di akhirat....


The Best Moist Chocolate Cake Ever...

Assalamualaikum...



BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER

Rujukan: Azie Kitchen



Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 tsp vanilla extract

1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe)


Cara Penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
 
Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
 
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
 
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.
 
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
 
 
 
Cara saya:
 
Oleh kerana saya cuma ada hand mixer...saya ubah sedikit langkah membuatnya....
 
1. Mula2, ayak tepung, soda,baking powder dan serbuk koko dibekas lain dan sebatikan.
2. Pukul telur dan gula dahulu hingga kembang.
3. Masukkan vanilla ekstrak dan garam.
4. Masukan tepung berselang seli dengan buttermilk.
5. Masukkan minyak mazola dan pukul lagi seketika.
6. Last sekali, masukkan air yang mendidih dan pukul lagi seketika.
7. Tuang dalam bekas dan bakar pada suhu 170 - 175C selama 1 jam.
 
Nota: Langkah diatas dibuat selepas kegagalan pertama membuat kek nie..dengan cara memasukkan semua bahan dan terus putar guna hand mixer. Cara orang putih tu mungkin boleh diikuti jika guna stand mixer seperti kitchenaids...etc..
 
Hasilnya pada saya...kek menjadi gebu dan lembut...
 
~ Selamat Mencuba ~


Wednesday 7 November 2012

1st Birthday..Sofia....& Devil's Food Chocolate Cake

Assalamualaikum....


 Apa khabar semua...lama dah tak bersiaran ye....almaklumla...busy je memanjang....(apa yg busynye pun tak tau)...25 Oktober 2012 hari tu..genapla usia setahun anak bungso ku Nur Fatini Sofia dan menyambutnya buat pertama kali bersama abang2 dan kakaknya...senyumje kejenye dia... selepas sambut birthdaynye tempohari sampaile ke hari ni....




Silap pilih kekla pulak untuk birthday dia..kek devil ku buatkan untuknye.....ish..ish....emmm mintak2 semoga anak  ibu nie jadi anak yang soleh dan sentiasa dibawah lindunganNya...amin...




 tengok tu...terpegun tengok lilin tu menyala...



abg dan kakaknya posing..dia dok belek kek tu je...hi...hi



Kek yang tak berapa menjadi....hu..hu...tak tahu silap kat mana..mungkin nk cepat buat kot...bahagian coklat tu..kurang manis dan agak padat keknye... memang cam tu ke?..sebab tk penah rasa yg sebetulnye...buat kekawan...yg berminat boleh la menjengok ke dapur  masam manis yg menjadi kek kegemaran kak ita nie...jom tengok resepi..



DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie, Masam Manis 



Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong. 


~ Selamat Mencuba ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...