Resepi: Kek Coklat Kukus
Sumber: Mak Mentua akak
Bahan A:
2 cwn koko
2 cwn gula
2 cwn susu cair
1 cwn susu pekat manis
2 cwn minyak masak @ mazola
Semua bahan A nie dimasak atas api kecil sampai ia likat dan berkilat lepas tu tutup.
Bahan B:
2 1/2 cwn tepung gandum
2 st baking powder
2 st soda bikarbonat
6 biji telur
Cara:
1. Pukul telur hingga kembang. Masukan Bahan A. Pukul lagi.
2. Masukkan pula bahan B dan gaul rata.
3. Alas dengan kertas minyak dan sapu sedikit mentega pada loyang dan kukus 40 minit.
Topping:
1/2 cwn koko
1/2 cwn susu pekat
1 sb minyak/butter/majerin
Masak dlm periuk dan api kecil hingga mendidih sampai berkilat dan sebati..lepas tu tuang atas kek.
Buttercream (Hiasan)
125 gm Mentega
60gm Gula Icing
Madu
Pewarna
Pukul dengan mixer mentega dan gula hingga sebati dan berkilat. Lepas tu masukkan madu dan pewarna. Lepas tu masuk dalam piping bag dan bolehla mendeko...ikut citarasa masing2..
No comments:
Post a Comment