Thursday 27 December 2012

Quality Time w my Kids....

Assalamualaikum.....

Lama rasanya tak godek2 blog aku nie...almaklumla...ada sedikit kemalasan melanda diri aku nie....wei.....tetiba hari nie menekadkan diri mencurahkan momen indah ...cewahh yang berlaku dalam kehidupan ku ini.....

First ku update momen awal gelagat bebudak nie diawal cuti persekolahanya...gi jalan2 Jusco n borong barangan persekolahnya...takut last2 minute...susah nk cari saiz n baju......

Lepas tu...tukar selera makan2 kat Chicken Rice Shop pulak....dengan fesyen rambut baru haiqal n faris..'.botak chin' sebb senang...lambat nak tumbuh balik sampai naik sekolah still pendek lagi tak gitu...si kecik pulak tak de dalam gambar sebab tengah sok tidur....


 
sedang menunggu makanan yg di'order' sambil main game jap....


 
lepas tu layanla main bende ala nie...yg beso pun nk merasa gak...layankan ajela...
 

Awal Disember...gi Port Dickson lak...

Awal2 pagi dah tercegat kat tepi pantai PD nie...nak booking tempat duduk...takut ramai kang..berebut lak...nasib  baik dpt pot baik..tapi depan kedai makan... bolehla asal tak ganggu lalu lintas hi..hi..tapi bila hujan kena cepat2 bla..la jawapnya...memang ada yg berkanopi tu...cik abang nak sewa..tapi den kata takyah la...membazir je kan...ada baik duit tu bagi aku bolehla beli tudung ko...ha2...bukan lama kejap je..tengahari kang balik...



tengok tu sukanya bebudak nie...si Sofia nie kira first time gak sentuh air laut nie...tapi dia rileks je...bagus anak mama nie...


Si ayah sedang melayan si anak....
Mama lak...kena jaga harta bende kat tempat lepak nie...
 
 
Macam2 permainan air ada kat sini...banana boat, jet ski (sewa RM100 tu ), lepas tu ada yg baru tempat duduk muat 3 orang je...mcm syok je tgk diorang naik sampai terangkat2...kalu aku muda2 nie dah lama dah aku naik....hu..hu.. so happy holiday semua...
 

Friday 7 December 2012

3 Disember 2003 - Haiqal 's birthday w Rainbow cake...


Assalamualaikum....

Hari nie...ada sikit kerajinan nak mengupload photo2 yg dah lama den simpan....


3hb Disember hari tu...merupakan hari ulangtahun anakku yang sulong Muhammad Haiqal Fiqri bin Mohd Faizal...alang2 cuti sekolah nie....tergerak hati pulak nak buat mini 'celebration' gitu..buat si haiqal nie....maklumla...selama nie sambut birthday dia dgn makayah aje...kali nie...suruh dia panggil geng2 sepermainan dia pulak...



Meriah n happy je bebudak nie semua....sambut birthday n nyanyikan lagu utk si Haiqal...
Birthday cake haiqal kali nie...ku cuba buat sendiri 'Rainbow Cake'....mula2..macam menjadi...tapi lama2 mcm tak jadilak....dia tak gebus ..gitu...apa masalah ea...?...maybe aku guna gula baru keluar peti ais kot..masih sejuk..tu yang x gebus tu...n guna susu tepung...memandai je kan..hah..tula akibatnya.....ish..ish...pengajaran......
 
Jom kita tengok aksi2 bebudak nie...
 


 
 
Resepi nie...diambil dari blog masam manis...dan minta izin kak Ita copy n paste resepi tu disini pulak ye...Jom...kita layan resepi Rainbow cake pulak...ye...
 
 
 
 
Resepi: Rainbow Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telur ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar - saya sukat guna senduk

Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat .

Bila kek dah sejuk, potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata.
 
 
BUTTERCREAM
 
80gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.
 
 
 
Mama doakan semoga Haiqal sentiasa dirahmati dan diberkati dariNya sentiasa...dan diterangi hati serta dimudahkan segala urusan terutama dalam mencari ilmu...amin...


# masa susun kek ni...siap dok ingatkan balik kod hafal susunan warna rainbow nie...ha3x...sabau jela
* Mat Jenin Ke Hutan Beli Ikan Udang
* Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu
 



 




 
 

Friday 16 November 2012

Nasi Ayam Ipoh...yg simple je...

Assalamualaikum....

 
 
 
Apa khabar semua....sibuk nampak.....almaklumla bila bebudak nie cuti sekolah...rumah masya allah tunggang langgang jadinya..dah kemas sepah balik...macam tula...budak-budak nie...bila buat sepah kat dalam... luar rumah pulak dikerjakannya....tu belum lagi kengkawannya datang bermain kat luar rumah nie...riuh rendah jadinya....sabau jela...
 
sempena cuti sekolah nie..ha...saya dah tetapkan kat anak2 nie....boleh keluar rumah bermain kul 11...sebelum tu kenala sarapan...buat latihan sikit...kalau dilayan memang budak nie..ingat nak main je...tambah lagi dugaan kawan2 dtg awal pagi...ajak main...
 
okla kita tinggalkan cerita pasal anak2 den nie ha..kejap..kita layan menu masa cuti deepavali ari tu...dimana direquest oleh cik abang nak makan lauk yg jarang aku masak.....apalagi aku teringat kat resepi kak ita masam manis nie...terus je ku mulakan projek memasak nie dengan penuh kasih sayang...cewahhh ha..ha..Jom masak...
 
Sebab nak cepat makan.... ku pilih resepi nasi ayam yg agak senang dan cepat penyediaannya...lebih kurang 1 jam gitu...Pada blogger kak ita..mohon saya tepekkan resepi nie kat sini pulak ye....tq
 
Nasi Ayam Ipoh
Rujuk: Masam manis
 
Mula-mula....sediakan...
 
Sup Ayam
 
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidang hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama agak2 warna dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
 
 
Nasi Ayam
 
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Cili Merah
 
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata
 
 
 
Cili Kicap
 
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan


Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap!
 


Cik abang pun kata sedap takyah pegi Ipoh..hi..hi...aku buat simple je tak letak hiasan apa2 pun sebab bebudak nie bukannya makan pun timun, tomato tu...leh2 kang maknya juga yang kena perabihkan..

ok..Selamat Mencuba ye....

Thursday 8 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum...


 
Selasa lepas, 6hb November sekolah Nurin telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2012...buat pertama kalinya anak saya si Nurin nie juga turut berjaya sebagai penerima anugerah di sekolahnya pada tahun ini...
 
 

Semoga dengan anugerah ini menaikkan lagi semangat Nurin untuk terus meningkatkan lagi prestasi pembelajarannya kelak....Bersyukur padaNya atas kurniaanNya pada hambamu ini...
 
 
Anugerah Skor 5A...Tahun 1....
 
Buat si abang..Muhammad Haiqal Fiqri....teruskan usaha dan tingkatkan dirimu di tahun hadapan..... Mama n Ayah sentiasa mendoakan semua anak mama berjaya di dunia dan di akhirat....


The Best Moist Chocolate Cake Ever...

Assalamualaikum...



BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER

Rujukan: Azie Kitchen



Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 tsp vanilla extract

1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe)


Cara Penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
 
Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
 
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
 
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.
 
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
 
 
 
Cara saya:
 
Oleh kerana saya cuma ada hand mixer...saya ubah sedikit langkah membuatnya....
 
1. Mula2, ayak tepung, soda,baking powder dan serbuk koko dibekas lain dan sebatikan.
2. Pukul telur dan gula dahulu hingga kembang.
3. Masukkan vanilla ekstrak dan garam.
4. Masukan tepung berselang seli dengan buttermilk.
5. Masukkan minyak mazola dan pukul lagi seketika.
6. Last sekali, masukkan air yang mendidih dan pukul lagi seketika.
7. Tuang dalam bekas dan bakar pada suhu 170 - 175C selama 1 jam.
 
Nota: Langkah diatas dibuat selepas kegagalan pertama membuat kek nie..dengan cara memasukkan semua bahan dan terus putar guna hand mixer. Cara orang putih tu mungkin boleh diikuti jika guna stand mixer seperti kitchenaids...etc..
 
Hasilnya pada saya...kek menjadi gebu dan lembut...
 
~ Selamat Mencuba ~


Wednesday 7 November 2012

1st Birthday..Sofia....& Devil's Food Chocolate Cake

Assalamualaikum....


 Apa khabar semua...lama dah tak bersiaran ye....almaklumla...busy je memanjang....(apa yg busynye pun tak tau)...25 Oktober 2012 hari tu..genapla usia setahun anak bungso ku Nur Fatini Sofia dan menyambutnya buat pertama kali bersama abang2 dan kakaknya...senyumje kejenye dia... selepas sambut birthdaynye tempohari sampaile ke hari ni....




Silap pilih kekla pulak untuk birthday dia..kek devil ku buatkan untuknye.....ish..ish....emmm mintak2 semoga anak  ibu nie jadi anak yang soleh dan sentiasa dibawah lindunganNya...amin...




 tengok tu...terpegun tengok lilin tu menyala...



abg dan kakaknya posing..dia dok belek kek tu je...hi...hi



Kek yang tak berapa menjadi....hu..hu...tak tahu silap kat mana..mungkin nk cepat buat kot...bahagian coklat tu..kurang manis dan agak padat keknye... memang cam tu ke?..sebab tk penah rasa yg sebetulnye...buat kekawan...yg berminat boleh la menjengok ke dapur  masam manis yg menjadi kek kegemaran kak ita nie...jom tengok resepi..



DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie, Masam Manis 



Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong. 


~ Selamat Mencuba ~


Wednesday 24 October 2012

Oh! Tart Gebussssku...

Assalamualaikum n Selamat Petang semua...

 
Taraaa......emmmm sedapnya tart nie...cair je terus masuk mulut ku ini...hi..hi...memang sedap tart nenas dr kak sheila spices journey nie....tak rugi mencubanya....
 
Sempena Aidil Adha nie...terasa nak mengukis lak....kebetulan semua bahan ada..apalagi terus jela buat tart nie yang dah lama nak buat masa raya puasa ari tu...tapi tak terbuat2....hingga semalam telah pun terlaksana sudah...
 
 
 Tingg!...baru je keluar dari oven....harum je aromanya....wangiiiiii.....apa lagi keng kawan...cubala resepi nie memang mudah membuatnya...masa menguli tu...dah terasa gebusnya doh nie....lembut je...



Si Faris nie..pulak terus je cukai satu bila dah sejuk....sedap dia kata...jarang dia makan tart nie...tapi kali nie dia suka lak...terima kasih pada kak shiela kerana sudi kongsikannya.....dan mohon saya sharekan disini pulak yee...

Jom cuba...nie dia resepinya...nak yg asli boleh klik blog spices journey dibawah nie ye...

Sumber: Spices Journey
Dicubarasa: Mama leen


Tart Nenas Gebuss

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
200gm butter
50gm majerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1sudu besar gula icing
1 sudu kecil esen vanilla/ extract vanilla
1 biji kuning telur

Cara:
1. Ayak sekali tepung gandum, jagung, susu tepung dan gula icing.
2. Kacau perlahan2 kuning telur dan esen vanilla.
3. Campurkan semua bahan yang diayak tadi bersama butter dan majerin. Saya guna tangan je...uli hingga sebati. Lepas tu masukan kuning telur yg telah dicampur dengan esen vanilla tadi.
4. Uli lagi hingga semua sebati.
5. Sedia di masukkan di dalam acuan tart dan bentukkan.Saya guna acuan bentuk nastar.
6. Setelah siap hiaskan dengan kuning telur.
7. Bakar 175C selama 20 minit.(bergantung oven masing2 ye...)


Resepi hiasan kuning telur

1 - 2 biji kuning telur
sedikit susu pekat manis ( takat ujung sudu)
pewarna kuning telur

Cara: Kacau semua sekali hingga sebati dan hiaskan dengan menggunakan berus kuih.

Untuk Jem nenasnya ..kali nie saya beli yg dah siap je...kalu nak resepi boleh klik kat blog diatas.

Selamat Mencuba dan Salam Aidil Adha.....buat semua







Friday 19 October 2012

Masak Lemak Sayur Kangkung

 
Hai kekawan...tambah lagi menu..almaklumla time tgh rajin....Nie..lagi satu menu lama...almaklumla dulu2 adik beradik ramai..kih...kih..ramai ke? 5 org je..hi..hi..mak mesti masak lemak nie kalu balik sekolah...atau taugeh.....suka tak suka kami makan n telan gak...lawan ngan sambal tumis ke tumbuk ke...emm..licin di kerjakan...tapikan...budak sekarang..tak gemar sayur cam gini...paling kurang pun ..dia makan kuahnya je...hai..bebudak zaman XY katanye...tak tahulakan nak cakap camne...
 
Menu nie..paling cepat masak..anggaran kurang 5 minit caya tak...tak caya tuan/puan cubala sendiri..
 
Jom intai resepinya...
 
Bahan2:
Sayur kangkung yang telah siap dipetik dan dibersihkan daunnya
1@ 1/2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
sedikit garam
1 biji - santan
 
Cara:
Masukkan santan ke dalam periuk dan tunggu hingga mendidih.
Tumbuk bawang beserta ikan bilis hingga lumat dan masukkan dalam santan.
Bila mendidih ..masukkan sayur kangkung.
Tutup api ..jangan lama sangat nanti sayur layu...tak sedap dimakan...just..kacau dengan senduk dan tutup api.
Kalau nak versi tumis air pulak...just letak sedikit minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi..lepas tu tumis hingga agak garing atau naik bau...kemudian masukkan santan dan tunggu mendidih..bila dah didih..barula masukkan sayur ....dah siap..taraaa...cepatkan...
 
Jom Cuba....

Sambal Sotong Daun Limau Purut

 
 
Assalamualaikum...semua...apa khabar?...diharap semuanya dalam keadaan sihat walafiat...tengah hari semalam ...menu masakan adalah sambal sotong ...letak daun limau purut..ikut suka je ye...maklumla..baru tanam pokok tu..hidup agak subur pulak tgknye...tu yg kena petik daunnya tu...apa lagi kekawan...
 
Jom kita masak yok...
 
Bahan-bahannya:
 
6 ekor sotong yang telah dibersihkan dan dihiris
1 ulas bawang merah-besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar - lada kisar
1 sudu besar sos lada
1 tangkai serai
1-2 helai daun limau purut
sedikit air
sedikit minyak
sedikit santan
sedikit garam dan gula
sedikit kicap
sedikit air asam jawa
 
Cara:
1. Hiris bawang besar, putih dan halia atau ditumbuk boleh jugak.
2. Tumis bahan2 tersebut. Kemudian masukkan lada kisar dan kacau.
3. Setelah naik bau dan agak garing, masukkan sedikit air.Masukan daun serai.
4. Masukkan sedikit sos lada dan air asam jawa. Bila dah mereneh, masukan sotong yang telah      
    dihiris. Biarkan seketika.
5. Bila mula mendidih, masukkan garam, gula,kicap dan kacau.Perasakan.
6. Masukkan daun limau purut dan tunggu mendidih dan kacau sehingga agak kering sedikit airnya.
7. Bila dah masak sotong, matikan api dan siap dihidangkan.
 
 
 
 
Selamat Mencuba.. 
 
 
 
 

Friday 5 October 2012

Puyuh Masak Goreng Kicap Sos Berlado

Assalamualaikum...


Hari nak persembahkan...puyuh masak kicap yang leen masak tempoh hari...emm memang sedap..bebudak nie pun suka je makan...asalnya nak masak lemak cili api tapi santan pulak dah habis..maleh pulak nak gi kedai..maka bertukar menu si puyuh nie...

Masak kicap nie main agak2 je ye...sebab dah biasa masak cam gini..org kata (campak2 je) bila nak dimemorikan nie yang terkial2 dok nak mengingat bahan2 nya..apa pun kalu ada terkurang jgn risau..gerenti jadi nye...try n errorla ye..hi..hii...kalu kek tu lain lah..gamak nyee..Jom tengok resepinya...

Bahan2:
3 ekor burung puyuh dibelah dua dan dibersihkan.
 1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia dihiris
1 sudu besar lada merah kisar
1 biji lada besar dihiris kasar
sedikit sos lada/ sos tomato
sedikit kicap
sedikit garam
sedikt rempah tumis - kayu manis,bunga lawang dsb.
sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara:
Mula2 goreng puyuh tersebut dengan kunyit dan garam.
Tumis bawang, halia dan rempah tumis hingga naik bau.
Masukkan lada kisar dan kacau seketika.
Masukkan sedikit air, bila dah mengelegak...masukan garam, lada besar dan puyuh. Gaulkan sekata. Kemudian masukan sedikit sos dan kicap.
Gaulkan rata, bila dah sekata tutup api dan siap dihidang.

Jika hendak senang..goreng puyuh dulu. Lepas tu baru buat sos kicap...bila dah masak sos tu...terus curah di atas puyuh tersebut.

Selamat Mencuba ye...

Oh...My Donut

 
Assalamualaikum.... 
 
 Hari ni...Mama leen nak tunjukkan kuih donut yang dibuat tempoh hari...emmm memang sedap dan senang membuatnya....nie gara - gara terpandang kat blog Izah Muffin lover teringin nak cuba...apatah lagi ia kuih kegemaran bebudak nie...Terima kasih ye Izah atas perkongsian resepi nie..izinkan saya CNPnya di sini.....

 Nie..pulak selepas digoreng...

Lihat tuuu...dalamnya gebu..apalagi kekawan...jom cuba....

Resepi: DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
Sumber: izah
 
Bahan:

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
 
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Sedia dinikmati.

Wednesday 26 September 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum semua...
 



Hari ni.. ML...(mama leen)gitu.. nak kongsikan satu resepi kek dari Saji Online...iatu Kek Coklat Kukus...yahh..mesti semua dah tak herankan...sebab dah biasa buat...tapi ku uploadkan jua resepi nie...untuk rujukan dimasa depan dan sekaligus merangkap resepi yang telah pun berjaya diujirasa...dan memenuhi piawaian ML...ha..ha..

Emm.... apa kata kita tengok resepinya ye...siap taruk logo 100% tested ok tau...

Resepi: Kek Coklat Kukus

Bahan2:
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

Cara:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7.Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan sehingga sebati.
8.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Pesan saji: Adunan akan naik 2 kali ganda. Oleh itu guna loyang yang tinggi dan besar.

# Topping coklat tu...guna coklat masakan dan campur butter sikit...secara double boiler..
# Untuk sesiapa kurang gemar coklat boleh cuba kurangkan sikit dlm 3/4 cawan gitu...

Kek nie lagi sedap bila dimakan keesokannya...cubala..


Selamat Mencuba....

Terima Kasih kerana sudi membaca...

Tuesday 11 September 2012

Apam Polka Dot 3D...

Assalamualaikum...

 
Nampak tak dot-dot tu timbul?....hah..nila dia apam polka dot 3D yang telah saya buat hujung minggu ari tu...
 
Idea 3D nie..saya rujuk di majalah Mingguan Wanita tahun nie...keluaran dah lupa lak..rasa2nya pertengahan tahun kot..sebab majalah bertimbun kat rumah nie...nak selak satu2 ...makan masa lak...sapa2 rajin tu bolehla..tolong selak2 kan ye...
 
resepi macam biasala...tapi kalu ikut resepi biasa tu..rasanya kalu ada standmixer yg canggih ia gebula...kalu setakat hand mixer je..kenala mix satu2...pukul putih dulu.ke..lps tu kuning, gula dan seterusnya..last sekali baru ovallete..baru gebuss...
 
Tapi sebagai ingatan...apam nie..kena kukus terlebih rajin sikit sebab dia kena mula2 tu kukus dulu apam tanpa corak..lebih kurang 7-10min...lepas masak...angkat terus lukis corak yang diingini dan kukus sekali lagi..lebih kurang 5 min...je...sapa2 RAJIN..boleh la cuba ye....SELAMAT MENCUBA...

Wednesday 5 September 2012

KENANGAN INDAH 1 SYAWAL 2012

Assalamualaikum...

Syukur kepadaNya...kerana memberikan mood untuk mengupdate blog nie..yang telah lama ku tinggalkan ....dok kesibukan dan ada sedikit kemalasan untuk mengupdate...he..he...

Apa khabar semua.?...di harap semuanya Sihat2 belaka ye...dan tentunya...perut masing2 berkerja keras memproses berbagai jenis makanan yang dimakan oleh tuanya...hi.hi...so ingat2la ye..kat perut kita tu..terkejut dia...setelah sebulan berehat seketika...

Hari nie..saja nak kembalikan mood berblog nie...nak tayangla sikit gambar kenangan raya pertama hari tu...tahun nie Leen raya kat rumah keluarga husband di Kuala Pilah...Jom kita layan seketika...detik2 1 Syawal gitu.....
 
 









Kunjungan ke salah satu rumah cik sedara yang halaman rumahnya sungguh bersih...



 
AKHIR KATA
.
.
.
"SELAMAT HARI RAYA ...MAAF ZAHIR DAN BATIN...."
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...