Saturday 3 March 2012

Kek Coklat Karamel


Semalam cuba buat kek nie.sebab nampak senang je..dan bahan pun ada semua...bila dah masak emm...sedap gak kek nie...cuma next time suhu kena tukar ikut oven Leen...180 C....sebab dalam resepi Diana tu..160C masih belum mengeras lagi puding tu..dan kek pun masih belum masak.... 


Cara cairkan gula hangus tu Leen ikut cara Kak Anim..My Kitchen...apa -apa pun memang senang  dan moist kek nie...Jom Cuba...lihat la resepinya ..Leen dah ubah suhu tu ikut oven Leen ye...


Resepi: Kek Coklat Karamel

A) Bahan ( Gula Karamel )
2 sudu besar gula(jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti)

Pilih salah satu 2 cara ini:
Cara 1:
Tabur gula pasir atas loyang.
Buka api gas perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas.
Cara 2:
Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula jangan pelik pula ya).
B) Bahan (Puding Karamel)
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis
½ sudu teh esen vanilla

Cara:
 1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
 2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
 3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 180°C dengan menggunakan api atas bawah ).
4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... (sementara tu sediakan adunan kek coklat).

C) Bahan Kek Coklat:
1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula 
1 cawan minyak masak *
2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
3/4 cawan tepung gandum #
1 sudu teh soda bikarbonat #
1 sudu teh baking powder # ( bahan # diayak bersama )
4 biji telur - blend hingga halus
Cara:
1.    Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
2.    Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
3.    Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
4.    Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
5.    Bakar pada suhu 180°C  selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 
6.    Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...