Sabtu lepas...tadika Faris adakan Hari Sukan di Gelanggang Badminton Paroi...gembira, pilu dan teruja serta emosi bercampur gaul si ibu...melihat keletah anak - anak kecil termasuk anakku si faris...
Semasa hari sukan tersebut...macam - macam kerenah dan gelagat si comel ini...maklumla..kali pertama hidup merasai pertandingan dan berada di gelanggang yang amat besar dirasakannya...ditonton oleh ramai orang...berdebar dan cemas bergelodak dalam jiwa anak comel ini...
Si Faris melangkah dalam barisan..mewakili kelas masing - masing...
Faris menjaga barisan dan menghafal step langkahnya...sampai terbongkok - bongkok..hi..hi
Debaran mula terasa....
Pertunjukkan Acrobatic dance
Pertandingan bermula....collecting ball and drying clothes...
Tengok tu gembiranya ...bila dah dapat...
Juara acara Drying clothes by grouping...
makan pun nak diletaknya hadiah tu depan matanya...al maklumla bebudak...
Terima kasih diucapkan kepada semua guru Tadika Faris kerana memahami kerenah si kecil nie..rata2 semua si comel disini merangkul hadiah....tanpa pulang tangan kosong...walaupun ada yang tak menang secara individu tetapi pasti akan terima hadiah secara berkumpulan...
Tq...teacher..
No comments:
Post a Comment