Taraaa......emmmm sedapnya tart nie...cair je terus masuk mulut ku ini...hi..hi...memang sedap tart nenas dr kak sheila spices journey nie....tak rugi mencubanya....
Sempena Aidil Adha nie...terasa nak mengukis lak....kebetulan semua bahan ada..apalagi terus jela buat tart nie yang dah lama nak buat masa raya puasa ari tu...tapi tak terbuat2....hingga semalam telah pun terlaksana sudah...
Jom cuba...nie dia resepinya...nak yg asli boleh klik blog spices journey dibawah nie ye...
Sumber: Spices Journey
Dicubarasa: Mama leen
Tart Nenas Gebuss
Bahan2:
3 cawan tepung gandum
200gm butter
50gm majerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1sudu besar gula icing
1 sudu kecil esen vanilla/ extract vanilla
1 biji kuning telur
Cara:
1. Ayak sekali tepung gandum, jagung, susu tepung dan gula icing.
2. Kacau perlahan2 kuning telur dan esen vanilla.
3. Campurkan semua bahan yang diayak tadi bersama butter dan majerin. Saya guna tangan je...uli hingga sebati. Lepas tu masukan kuning telur yg telah dicampur dengan esen vanilla tadi.
4. Uli lagi hingga semua sebati.
5. Sedia di masukkan di dalam acuan tart dan bentukkan.Saya guna acuan bentuk nastar.
6. Setelah siap hiaskan dengan kuning telur.
7. Bakar 175C selama 20 minit.(bergantung oven masing2 ye...)
Resepi hiasan kuning telur
1 - 2 biji kuning telur
sedikit susu pekat manis ( takat ujung sudu)
pewarna kuning telur
Cara: Kacau semua sekali hingga sebati dan hiaskan dengan menggunakan berus kuih.
Untuk Jem nenasnya ..kali nie saya beli yg dah siap je...kalu nak resepi boleh klik kat blog diatas.
Selamat Mencuba dan Salam Aidil Adha.....buat semua
1 comment:
Salam Ziarah....
Sedapnya TART GEBU... akak suka juga buat, tapi mesti letak serbuk cheese.... jemput ke blog akak di http://cheezemaz.blogspot.com, manalah tahu nak mencuba serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menjadi sos sesedap cheeze wedge, KFC. Jemput juga komen resepi2 akak yg x seberapa tu
Post a Comment