BEST
MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
Rujukan: Azie Kitchen
Bahan-bahan
:
2 cawan
tepung gandum
2 cawan
gula
3/4 cawan
serbuk koko Hershey's
2 tsp soda
bikarbonat
1 tsp baking
powder
2 biji telur
saiz A
1 tsp
garam
1 cawan
buttermilk
1 cawan
Mazola vege oil
1 1/2 tsp
vanilla extract
1 cawan air
mendidih (boleh letak coffee/nescafe)
Cara
Penyediaan :
Panaskan
oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow
baking).
Lenser
loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10 x 10.
Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan
semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar
pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan,
masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan
teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke
dalam loyang. Bakar selama
1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan
pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.
Cucuk
kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih,
maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat
pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi
selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek
sebelum dinikmati atau dihias.
Cara saya:
Oleh kerana saya cuma ada hand mixer...saya ubah sedikit langkah membuatnya....
1. Mula2, ayak tepung, soda,baking powder dan serbuk koko dibekas lain dan sebatikan.
2. Pukul telur dan gula dahulu hingga kembang.
3. Masukkan vanilla ekstrak dan garam.
4. Masukan tepung berselang seli dengan buttermilk.
5. Masukkan minyak mazola dan pukul lagi seketika.
6. Last sekali, masukkan air yang mendidih dan pukul lagi seketika.
7. Tuang dalam bekas dan bakar pada suhu 170 - 175C selama 1 jam.
Nota: Langkah diatas dibuat selepas kegagalan pertama membuat kek nie..dengan cara memasukkan semua bahan dan terus putar guna hand mixer. Cara orang putih tu mungkin boleh diikuti jika guna stand mixer seperti kitchenaids...etc..
Hasilnya pada saya...kek menjadi gebu dan lembut...
~ Selamat Mencuba ~
No comments:
Post a Comment