Sumber: WHI TV3
Resepi: Sotong Sumbat
Bahan2:
5 ekor sotong - telah dibersihkan
1/2 biji lobak merah - di sagat
1/2 biji sengkuang - di sagat
1 biji bawang merah/besar - ditumbuk halus
1 biji bawang putih - ditumbuk halus
sedikit halia - ditumbuk halus
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
sedikit serbuk lada sulah
sedikit lada hitam
serbuk perasa - jika suka
1 biji telur
sedikit serbuk roti ( breadcrumbs)
Cara:
1. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan lobak dan sengkuang yang telah disagat ke dalam kuali. Gaulkan.
3. Masukkan lada sulah, lada hitam, garam dan perasa. Gaul rata.
4. Rasakan intinya jika ok matikan api dan biarkan sejuk seketika.
5. Pecah telur dan letak sedikit garam..kemudian kacau.
6. Bila inti dah sejuk masukkan ke dalam sotong dan sumbatkan ia..jangan terlalu padat.
7. Bila dan sumbat, tutup dengan lidi satay.
8. Sotong yang telah siap disumbat kemudian di gaul dengan telur dan breadcrumbs.
9. Terus goreng ke dalam kuali yang telah panas.
10. Siap dihidang.
Note: Semasa menumis jangan letak banyak minyak dan tumis jangan terlalu lama.
Resepi nie main ingat2 je..sebab tak salin pun masa tengok kat TV..jika ada kekurangan..pandai2la ubah ye..
Bila rasa intinya ...emm memang sedap...ditambah ada rasa dan bau lada hitam..tu..memang terangkat habis ..kalu ada sengkuang lagi rangup...anda bila lagi cubala...anak - anak mesti suka..
6 comments:
Hihi....dah baik ke internet,pasni masak byk2 ye :)cam sedap je sotong tu...lama dah x mkn sotong sejak laki den sakit..kolestrol paling tinggi tu
ala..tak yah masak..banyak2 kak..tiga ketui pun takpe..tak tejejas pun...hi..hi
Teringin nak cuba tapi tak berani le buat sotong cam gini, cam renyah je.
salam kenal juga dr diana... wah kat cnie ada sotong sumbat... nampak sgt menyelerakan... semestinya sedap sotong d masak mcm nie kan...
Tq..Diana sudi singgah...cubala..memang sedap
Kak Sam...cubala..jangan tak cuba...sedap
Post a Comment