Friday 7 December 2012

3 Disember 2003 - Haiqal 's birthday w Rainbow cake...


Assalamualaikum....

Hari nie...ada sikit kerajinan nak mengupload photo2 yg dah lama den simpan....


3hb Disember hari tu...merupakan hari ulangtahun anakku yang sulong Muhammad Haiqal Fiqri bin Mohd Faizal...alang2 cuti sekolah nie....tergerak hati pulak nak buat mini 'celebration' gitu..buat si haiqal nie....maklumla...selama nie sambut birthday dia dgn makayah aje...kali nie...suruh dia panggil geng2 sepermainan dia pulak...



Meriah n happy je bebudak nie semua....sambut birthday n nyanyikan lagu utk si Haiqal...
Birthday cake haiqal kali nie...ku cuba buat sendiri 'Rainbow Cake'....mula2..macam menjadi...tapi lama2 mcm tak jadilak....dia tak gebus ..gitu...apa masalah ea...?...maybe aku guna gula baru keluar peti ais kot..masih sejuk..tu yang x gebus tu...n guna susu tepung...memandai je kan..hah..tula akibatnya.....ish..ish...pengajaran......
 
Jom kita tengok aksi2 bebudak nie...
 


 
 
Resepi nie...diambil dari blog masam manis...dan minta izin kak Ita copy n paste resepi tu disini pulak ye...Jom...kita layan resepi Rainbow cake pulak...ye...
 
 
 
 
Resepi: Rainbow Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telur ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar - saya sukat guna senduk

Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat .

Bila kek dah sejuk, potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata.
 
 
BUTTERCREAM
 
80gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.
 
 
 
Mama doakan semoga Haiqal sentiasa dirahmati dan diberkati dariNya sentiasa...dan diterangi hati serta dimudahkan segala urusan terutama dalam mencari ilmu...amin...


# masa susun kek ni...siap dok ingatkan balik kod hafal susunan warna rainbow nie...ha3x...sabau jela
* Mat Jenin Ke Hutan Beli Ikan Udang
* Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu
 



 




 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...