Tuesday, 28 February 2012

Ayam Masak Kurma

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Hari ini Leen nak post hidangan kegemaran anak - anak iaitu Ayam Masak Kurma..Kalau masak menu ini memang bertambahla mereka makan...tak cukup sesenduk nasi..mesti bertambah..Resepi ni macam biasalakan..mesti ramai dah cuba berkurun2 lamanya...Leen saja simpan disini untuk dibuat koleksi keluarga...Caranya sama macam resepi di dalam pek bungkus kurma Adabi cuma Leen tambah air asam jawa lagi sedap...Jom cuba...


Resepi: Ayam Masak Kurma

Bahan2:

6 ketul Ayam yang telah dibersihkan
1 kotak santan segera - KARA
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris halus
1 biji kentang - belah empat
2 - 3 sudu besar kurma ayam - Adabi
sedikit rempah tumis..satu jenis ambil satu ( bunga lawang,kayu manis, bunga cengkih)
Minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
1 cawan air
garam
serbuk perasa
1 biji Lada merah - kalu nak rasa pedas, masukan dalam kuah kurma...

Cara:
1. Tumis rempah tumis dan masukan hirisan bawang dan halia.
2. Bila dah naik bau...masukan pes kurma dan kacau sekejap.
3. Masukkan ayam dan sedikit air, kacau dan tutup seketika atau hingga ayam agak empuk.
4.Kemudian masukkan santan, kentang dan air asam dan air..agakkan kepekatan kuahnya.
5.Campurkan garam dan serbuk perasa dan rasakan kuahnya. Tunggu mendidih.
6. Bila dah didih..rasakan kuahnya...jika kurang rasa...tambahkan apa yang patut...
7. Bila dah masak, hias dengan lada merah dan siap dihidang.



2 comments:

Urma Sophia said...

Kalau guna susu dutch lady utk ganti santan boleh tak dalam masakan ayam kurma?

Fatimah Bt Tony said...

Lauk ayam kegemaran saya ni.. Hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...