Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Friday, 5 October 2012

Oh...My Donut

 
Assalamualaikum.... 
 
 Hari ni...Mama leen nak tunjukkan kuih donut yang dibuat tempoh hari...emmm memang sedap dan senang membuatnya....nie gara - gara terpandang kat blog Izah Muffin lover teringin nak cuba...apatah lagi ia kuih kegemaran bebudak nie...Terima kasih ye Izah atas perkongsian resepi nie..izinkan saya CNPnya di sini.....

 Nie..pulak selepas digoreng...

Lihat tuuu...dalamnya gebu..apalagi kekawan...jom cuba....

Resepi: DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
Sumber: izah
 
Bahan:

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
 
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Sedia dinikmati.

Tuesday, 3 July 2012

Donut berinti Kastard

Assalamualaikum semua...

Sori....buat semua pengunjungku...sebab dah lama tak bersiaran ye...almaklumla...mood nk mengupdate tu takde semenjak dua menjak nie...cewah...mcm bloger popular la pulak...hi..hi..walaupun tak popular..setiap hari ....bila tgk ada je pengunjung...sian pulak tak update berita terkinikannn....

Ok...kita beralih kat resepi yg pernah Mama Leen cuba nie..Donut berinti Kastard...emmm memang sedap...tapi Si Faris kurang gemar dengan inti nie...dia suka donut yang bergula atau bercoklat je...



Di bawah nie pulak selepas digoreng kemudian dihiris sedikit dan dimasukan kastard...serta belum dibubuh gula...nampak cam tak menarik je rupa dia kan....


 Hah...nie selepas dibubuh gula..bru nampak selera gitu...betul tak?...


Sapa first time nak cuba...boleh lah cuba letak kastard tu sikit dulu....selebihnya buat cam donut biasa ..takut dok ada tekak yng tak gomarkann....

Resepi Mama Leen guna sama macam buat donut yang ssebelum nie...sebab dia senang dan mudah nak sediakan...resepi kastard pula ambil dari blog CT Delima...

Bahan kastard:
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gm butter
2 sudu teh esen vanila


Untuk kastard :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

TQ...kerana  sudi membaca...

Wednesday, 25 April 2012

Donut lagi....

Ku mendonat lagi...

Petang semalam..si Faris dok sibuk suruh mamanya buat donut....maka ku buatla donut yang paling cepat dan mudah membuatnya....guna resepi nie dapat banyak dalam 32 biji...seperti yang sebelum nie klik sini...

Saya suka guna resepi ni bila mendonut...kerana bahannya cukup mudah dan cepat pulak tu...tak yah  tunggu lama2...

selebihnya...ku frozenkan untuk stok esok pagi....
bila digoreng..doh nie akan membulat dengan cantik..tu yang suka tu...pakai cari telunjuk je cucuk buat lubang tu...confirm...menjadinya...sesuai untuk mak2 dara yang baru  je melangkah ke alam rumahtangga...untuk mencuba....

Tuesday, 6 March 2012

Donut...simple


Selamat Malam..semua...ada kesempatan masa nie...N3 la kejap mendonut petang tadi...resepi nie cukup mudah dan bahan2nya pun memang sentiasa aje ada kat umah nie...lepas uli ..pun tak perlu tunggu lama2 hingga doh tu naik...Sesuai untuk sesiapa yang baru balik keje dan perut pun dah lapar..anda mesti cuba sebab donut nie senang diuli dan cepat...serta tak melekat kat tangan serta lembut je...dah sejuk pun masih sejuk...Jom cubala....

Resepi nie saya ambil dari dapur Kak Yatie...

Resepi : Donut

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut)
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) - (1 cwn = 100gm anggaran)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter - (2 sudu besar)
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran) - nie saya tak letak
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dikacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, 10 January 2012

Donut Coklat...

Semalam Mama Leen buat donut coklat...resepi asal donut ball..dan terjadinya coklat nie..sebab bahan donut nie guna susu tepung..yg ada kat umah...susu tepung perisa coklat ..si faris punya..apa lagi..jadila ia donut coklat..Jom kita lihat hasilnya..



Resepi nie..ambil dari blog Masam Manis..

Donut Ball

Resepi asal:
DayangJack@DapurKu SaYang
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2  1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung

1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)

gula saduran**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...