Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum....

Petang nie, tayang kek red velvet....emmmm sedap....ditambah dengan cream cheese toppingnya....memang terangkat....Jom cuba...


Resepi asal nie...untuk adunan kek...jika nak bentukkan pada cupcakes tu..masa membakar kurangkan pada 20-25 min je...atau sehingga masak...resepi nie utk 1/2 adunan..ye..sesiapa nak tengok yang asal boleh meninjau blog Azlita Masam Manis...

Resepi: Red Velvet Cupcakes
Rujuk: Blog Azlita masam Manis

Bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah @ 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur - ita guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - (1/2 cwn susu segar +1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175 C @ bergantug pada oven masing2.

Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste @ tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.

Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.

Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit - 1 jam atau sehingga masak.

Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.

Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit. Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda. 



CREAM CHEESE TOPPING:
rujuk: blog yatie-sinar kehidupanku
  • 250gm cream cheese
  • 4 sudu besar butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon
*Cara2:  Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

Thursday, 19 April 2012

Chocolate Pandan Cup Cakes

Assalamualaikum...


Tara...tercapai juga hasrat membuat cup cake nie...walaupun hiasannya tak sehebat kak Azlita tapi..emm memang lembut dan sedap je kek nie...walaupun dah sejuk...


Nak buat bentuk ros..nozel jenis tu ..belum beli lagi....yang ada bentuk nie je....bantai jela....hi..hi...cantik tak?...apa2 pun kek nie makan macam tu je... dah sedap tak buh icing pun takpe...

 Resepi nie..guna coklat emulco..tapi takde stok ..ku bantai guna serbuk koko + pewarna coklat...ok gak...rasanya..tapi kalu buh coklat emulco mungkin lagi sedap kot....takpe...nexxt time try betui2 punye....

 Kertas cup cake ni pulak ..yang jenis dalamnya ada plastik..tu yang cepat merenggang tu...ke silap adun?...ha..ha...

 
proses membakar...semasa sedang naik...

Apa lagi kekawan...ada berani...senang je buatnya...jom kita cuba dan intai resepinya...


CHOCOLATE PANDAN CUP CAKE

Adaptasi daripada resepi : MARBLE CAKE
By :
Snappy Treats
Rujukan: Azlita – masam manis

250 gram mentega~ di cairkan dan sejukkan
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
8 biji telur
1 camca besar ovallate
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
Perawna kuning dan hijau

Panaskan oven pada suhu 170C
Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan
1.   Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
2.   Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
3.   Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
4.   Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak
satu diletak pandan paste dan pewarna hijau ~ kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko ~ kacau sebati.
Satu bahagian lagi letakkan paste vanila dan sedikit pewarna kuning ~ kacau rata
5.   Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan, kuning dan coklat.
6.   Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.
7.   Keluarkan kek dan susun atas redai hingga kek sejuk.

Saturday, 28 January 2012

Rainbow Cupcakes

Petang semalam...tertunai jua..kerana berjaya membuat rainbow cupcakes nie..dah lama dok mandang je..kat blog kak Ita Masam Manis...telan air liur je..setiap kali memandang..rupa-rupanya memang sedap..lemak..dan gebus..anda bila lagi..Jom Layan...



Tak sempat nak tinggalkan untuk cik abang..dah licin...takpe...ye bang jangan marah..nanti leen buat lagi banyak2...sebab adunan ni boleh dapat 12 biji je..saiz besar..tu yang cepat habis...

Minta izin kak ita ye..saya CNP kat sini..


BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE 
By :
Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama
BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

Friday, 27 January 2012

Cupcake Coklat Lembut Chef Zubaidah




Hari Rabu lepas ...anak ku Si Faris dok sibuk suruh mamanya buat kek...sebab dia tak sabar sangat nak tampal gambar icing image 'CARS' kegemarannya tu...apa lagi aku buatla..jugak..sebab selagi tak buat ..bising memanjangla dia...
resepi Chef Zubaidah ni saya ambil dari blog kak Azlita..asal caranya kukus tapi..sebab resepi kata boleh bakar..maka aku pun cubala..dan hasilnya..memang lembut kek nie..dan sedap...Jom apa lagi cubala..

KEK COKLAT LEMBUT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Resepi : along@myresepi
Sumber : Mas
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor -ita letak 200 gm aje
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder
Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Kek ini sesuai juga dibakar. Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.
Resepi Icing:
BUTTERCREAM

250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing
200 gm golden syrup

Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
Sesuaikan dgn warna pilihan anda.
* Saya guna separuh adunan je..buat icing nie..lepas tu golden syrup tu saya ganti dengan madu..dan..takde krimwell pun takpe..kalu untuk makan sendiri...bila digabungkan...sedap gak..he..he..anda cubala...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...