Wednesday 26 September 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum semua...
 



Hari ni.. ML...(mama leen)gitu.. nak kongsikan satu resepi kek dari Saji Online...iatu Kek Coklat Kukus...yahh..mesti semua dah tak herankan...sebab dah biasa buat...tapi ku uploadkan jua resepi nie...untuk rujukan dimasa depan dan sekaligus merangkap resepi yang telah pun berjaya diujirasa...dan memenuhi piawaian ML...ha..ha..

Emm.... apa kata kita tengok resepinya ye...siap taruk logo 100% tested ok tau...

Resepi: Kek Coklat Kukus

Bahan2:
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

Cara:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7.Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan sehingga sebati.
8.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Pesan saji: Adunan akan naik 2 kali ganda. Oleh itu guna loyang yang tinggi dan besar.

# Topping coklat tu...guna coklat masakan dan campur butter sikit...secara double boiler..
# Untuk sesiapa kurang gemar coklat boleh cuba kurangkan sikit dlm 3/4 cawan gitu...

Kek nie lagi sedap bila dimakan keesokannya...cubala..


Selamat Mencuba....

Terima Kasih kerana sudi membaca...

1 comment:

Unknown said...

jom singgah blog sy... sy menjual tudung yg gojes masa kini.. tq for support ­:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...