Friday 5 October 2012

Oh...My Donut

 
Assalamualaikum.... 
 
 Hari ni...Mama leen nak tunjukkan kuih donut yang dibuat tempoh hari...emmm memang sedap dan senang membuatnya....nie gara - gara terpandang kat blog Izah Muffin lover teringin nak cuba...apatah lagi ia kuih kegemaran bebudak nie...Terima kasih ye Izah atas perkongsian resepi nie..izinkan saya CNPnya di sini.....

 Nie..pulak selepas digoreng...

Lihat tuuu...dalamnya gebu..apalagi kekawan...jom cuba....

Resepi: DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
Sumber: izah
 
Bahan:

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula
 
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.

Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Sedia dinikmati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...