Monday 5 March 2012

Kek Karamel...

Assalamualaikum..dan Selamat Pagi Semua...Moga - moga hari nie...merupakan hari yang terbaik berbanding hari semalam untuk anda semua...Insya Allah...

Hari nie..Leen nak tunjukkan kek yang paling famous tahun lepas...yang berjaya Leen buat sendiri..sebelum nie N3 Leen dulu tu...semasa dalam pantang dan suruh adik buat..tapi kali nie..saja mencuba sendiri...Jom kita lihat hasilnya...hi...hi..



 Kek nie bahagian karamel tu..perisa ros dan bahagian kek tu perisa strawberi...emm...memang sedap...masuk dalam peti ais...makan sejuk-sejuk pun sodap....

Ini pula saja tunjuk kaedah steam bath @ steam bake @ bain marie...iaitu letak acuan kek karamel tu pada loyang yang berisi air panas...nampak membukit kan kek tu...jangan risau ...nanti dah sejuk ia akan turun sendiri.. ngam2 paras loyang tu ...Leen guna loyang 8" je...

Resepi: Kek Karamel


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balikKemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.


Kemudian, tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karamel tadi.
Belang - belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Dalam blog kak Ita, ia panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, dia tukar pada suhu 160C.Gunakan api bawah sahaja. Tapi bagi oven saya.... saya naikkan sikit suhu 180 sebab bila tgk separuh masa tu bergoyang lagi kek tu...mcm lambat masak..so saya naikanlah 180c...bergantung pada oven masing2lah ye...alhamdulilah...jadik gak...
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...