Friday 23 March 2012

Apam Puteri Ayu

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...semoga hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat anda semua...semalam Mama Leen mencuba Puteri Ayu nie...dari Rossitam...ayat - ayat powernya mengatakan kuih nie gebus macam kat hotel.... tu yang mendorong hati dok ingin mencuba...lagi pun nie memang kuih favourite saya ..kalu ada kat gerai kuih tepi jalan tu...mesti beli kuih nie...


 Bila dah mencuba dan merasa hasilnya...emm memang gebus kuih nie....dah sejuk pun still lembut...tak rugi mencuba...


 Anak - anak pun suka ...tapi anak saya yang no tiga, si Faris nie...suka makan hampas kelapa je...sapa pulak dok nak makan apamnya..bila di suruh makan semua sekali ....dia buat tak reti je....hu..hu..



Terima kasih kat Kak Azita...Rossitam..kerana sudi kongsikan resepi yang gebus nie....minta izin saya CNPnya di sini ye....



APAM PUTERI AYU
Resepi:
Rossitamz @ Azita
Sumber:
SL aka Nina @ Sweetlily Kitchen

Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )
  • 5 biji telur (saiz kecil) - Mama Leen - 4 biji saiz sederhana
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan - Mama Leen guna daun pandan kisar dengan santan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Jangan lupa tutup penutup kukusan dengan kain...
Selamat Mencuba ...semua

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...