Thursday 1 March 2012

Snow Puding....versi kiwi

Semalam buat puding nie...cuma tak sempat nak post...hari tu tengok puding kat Blog Kak Ita...teringin pulak nak merasa....tengok ada guna whipping cream...elok benarla tu sebab whipping cream kat rumah pun dah dekat nak expired...tapi strawberi pulak takde...ada filling kiwi  dan buah kiwi je...apa lagi aku belasah jela guna buah nie..rasa masamnya pun lebih kurang...agar - agar serbuk entah hilang kemana pulak..last2 aku pakai jela agar2 tali nie...jadi terubahla sikit resepi nie sebab ikut bahan yang ada je kat rumah...

bila dah siap ....menjadik gak..cuma bahagian tengah tu terlembik sikit dan coklat tu pulak terpahit sikit ...apa2 pun puding nie...memang sedap...bercampur dengan rasanya yang masam manis coklat....ehmm...memang sodap...



Nak ikut hati ...bila baca resepinye..mak aii..panjang berjela...macam takde keberanian je nak mencuba...disebabkan sayangkan whipping tu...maka ku rajinkan jugak membuatnya...

Bila dah buat ...aii taklah rumit sangat..hi..hi...
next time... kalu rajin nak cuba lagi ...betul2 ikut resepi asalnya....mesti lagi sedapp...

Tq ..kak ita..saya mohon CNP resepinya di sini..


SNOW PUDDING
By: Yasa Boga
Rujukan : Yat easybakes
Resepi untuk 1/2 daripada adunan asal

 Lapisan Susu
4 gm agar-agar serbuk
1 ~ 2 titik esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml whipping cream

 Lapisan Strawberry
4 gm agar-agar serbuk
250 strawberries ~ dikisar
75 ml air
75 gm gula
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink ~ ita tambah

 Lapisan Coklat
4 gm agar-agar serbuk
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 bijik kuning telur
1 sudu besar susu segar
Sedikit coklat emulco ~ ita tambah
Beberapa biji strawberries di hiris ~ untuk hiasan
Cara:
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Bilas loyang dengan air
Potong buah strawberries kepada kepingan.
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dengan buku latihan di sebelah bahagian sahaja untuk menyengetkan kedudukan loyang

1) Lapisan susu

Dalam periuk kecil, satukan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila.
Kacau rata.
Kemudian panaskan pada api sederhana.
Tambahkan gula, dan kacau hingga gula melarut.
Matikan api.
Tambahkan whipping crean dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang dan biarkan hingga ia mengeras


 2) Lapisan strawberry

Kisar buah strawberries dengan sedikit pewarna pink dan air hingga lumat.
Satukan jus strawberries dengan agar-agar dan gula, masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar melarut
Matikan api
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar-agar dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar-agar strawberries
Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian yang sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan di atas lapisan susu tadi.
Mulakan pada bahagian tepi loyang.
Biarkan ia mengeras


 3) Lapisan coklat
Dalam periuk kecil kita satukan susu, agar-agar serbuk dan gula dan masak atas api perlahan hingga agar-agar dan gula melarut
Dalam cawan kecil ita larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas.
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar-agar.
Pukul sedikit kuning telur
Ambil sedikit adunan agar-agar coklat dan tuangkan dalam kuning telur

Kacau rata
Tuangkan kembali adunan kuning telur yg bercampur agar-agar coklat ke dalam baki agar-agar coklat tadi
Tambahkan sedikit coklat emulco dan kacau rata
Tarik keluar lapisan buku tadi, biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry
Mulakan dari bahagian tepi loyang.
Gunakan sudu untuk menuang.
Biarkan puding sejuk dan mengeras
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin



2 comments:

Qasey Honey said...

good idea...
ikut selera memasing la kan...

nmpk sedap puding snow kiwi tu...

leen said...

Tq...qaseh...sudi menjengah ke dapur kite..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...