Friday 30 March 2012

Red Velvet Brownies


My Red Velvet Brownies...hi..hi...First time buat brownies nie...alhamdulilah jadi gak...tapi anak2 kurang suka pulak...ialah semua nie tekak orang kampung...orang kampung rumah niela...marah kang pulak orang kampung yang tekaknya boleh terima..he..he .....lagi - lagi ada rasa lemon pada cheese tu...diorang makan keknya ajela....Brownies nie jugak merangkap..kek sempena Hari Lahir Ku...hi..hi...Happy Birthday to Me...

 Nie pulak semasa siap kejadiannya...coraknya terlebih rajin pulak lorek satu satu...sepatutnya just tarik ke atas dan turun...sabo jela...

 Nie hasilnya selepas di make up dan dipotong...hi..hi..hi..sedappp..



sepotong brownies...please....

Resepi nie...selongkar kat blog kak Yatie....


Resepi: Red Velvet Brownies

Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus   (saya guna tepung gandum) - next time try pki tpg kek lak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-
  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...



Nie pulak..kek dari cik abang....saje post buat kenangan sendiri....

3 comments:

Qasey Honey said...

asslM Leen...sedap tgk RVB tu...QH dh simpan la dh resepi ni..cuma xtbuat aje lg...cntik kalernye tu...

Gallery MamaMimi said...

Wahh...hepi besday...jgn lupa buat bwk balik kg nanti

leen said...

QH...rajin jalan2 ye...cubala RVB nie....sedap...

Kak..ada lagi separuh...kang aku bawak balik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...