Friday 9 March 2012

Muffin Pandan


Assalamualaikum dan Selamat Petang semua..
Muffin nie buat petang semalam...dan saja nak cuba buat muffin nie...tengok kat blog Kak Anim...macam sedap dan mudah je membuatnya...hasilnya..emm sedap gak...cuma bebudak nie kurang minat perisa pandan...perisa coklat...memang kegemaran bebudak nie...Jom kita lihat..kejadiannya..

 

Resepi: Muffin Pandan
Sumber: My Kitchen

200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) 
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya . 
Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.

Untuk oven Leen ..tukar 180C

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...