Friday 30 March 2012

Red Velvet Brownies


My Red Velvet Brownies...hi..hi...First time buat brownies nie...alhamdulilah jadi gak...tapi anak2 kurang suka pulak...ialah semua nie tekak orang kampung...orang kampung rumah niela...marah kang pulak orang kampung yang tekaknya boleh terima..he..he .....lagi - lagi ada rasa lemon pada cheese tu...diorang makan keknya ajela....Brownies nie jugak merangkap..kek sempena Hari Lahir Ku...hi..hi...Happy Birthday to Me...

 Nie pulak semasa siap kejadiannya...coraknya terlebih rajin pulak lorek satu satu...sepatutnya just tarik ke atas dan turun...sabo jela...

 Nie hasilnya selepas di make up dan dipotong...hi..hi..hi..sedappp..



sepotong brownies...please....

Resepi nie...selongkar kat blog kak Yatie....


Resepi: Red Velvet Brownies

Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus   (saya guna tepung gandum) - next time try pki tpg kek lak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-
  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...



Nie pulak..kek dari cik abang....saje post buat kenangan sendiri....

Kari Ikan Merah bersama Fish Ball


Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera semua...serta bersyukur padaNya kerana dikurniakan pagi Jumaat yang indah nie...Hari ni tayang masak kari nie tengahari semalam...tak sempat nak post sebab anak-anak tak sihat...tetiba je mereka semua muntah-muntah dan cirit birit...kesian kat Faris dan abangnya... susut terus badannya...tapi hari nie alhamdulilah..mereka semua dah sihat dan dah pegi sekolah pun....

Rabu lepas ...tuhan bagi rezeki lebih..ada sahabat abang bagi ikan...tak tahu nak masak apa... kat ikan merah nie..makanya den try la belasah masak kari....Ini la rupanya..sebab kat rumah stok fish ball banyak lagi ..maka saya pun belasah jela..masukkan dalam kari nie..jadila tajuk resepi nie..bersama fishballl...sapa berkenan bolehla cuba....senang je...

Resepi : Kari Ikan Merah bersama Fish ball

Bahan2:
1 ekor ikan merah (disiang dan dibersihkan)
Rempah tumis - sepeket kecil
2 sudu besar - rempah kari ikan
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
sedikit air asam jawa
6-8 biji fishball
sedikit garam
serbuk perasa - jika suka
sedikit lobak merah - dihiris memanjang
sedikit minyak

Cara:
1. Tumis bahan rempah tumis dan bahan yang dihiris hingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari ikan dan gaulkan hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
2. Bila dah mereneh..masukkan ikan dan gaul sebati dengan rempah tadi. Biar seketika hingga mereneh.
3. Masukkan santan..dan kacau sekali sekala..bila agak nak mendidih masukkan fish ball, lobak merah, garam dan serbuk perasa. Kacau sesekali hingga mendidih.
4. Perasakan kuahnya...jika dah ok..boleh tutup api...dan dihidang...

Selamat Mencuba.

Tuesday 27 March 2012

Talam Sagu @ Talam Tokyo

 Assalamualaikum dan Selamat Petang semua...hari nie tayang kuih talam yang saya buat petang semalam....ambil dari blog Kak Yatie....sebenarnya kuih nie lapis tiga..tu yang jadi lapisan atas tu menebal semacam je...sepatutnya lapisan atas ada 2 warna...tapi malas pulak nak buat dua warna... tu yang jadi tinggi tu...
Sebenarnya mencuba resepi nie..masa awal bulan hari tu ...balik kampung..mak cik sedara bagila kuih talam nie...sedap..lemak2 masin dan lembut je kuihnya..smpi habis kuih tu...saya ngan adik beradik berabihkan...nak minta resepinya...emmm rasanya..tunggu hari yg sesuai untuk memintanya...

Bila cari2 resepi kat blog masakan terjumpa kak yatie punya..tu yang dok  mencuba...ok gak...cuma tang lapisan sagu tu agak kenyal...tak lembut mungkin next time kena lebihkan santan n kelapa parut kot....resepi asal ada campur su on...tapi macam tak lalu pulak tekak nie...kalu cmpr su on tu...tu yang tak letak tu...tapi resepi nie masih tak sama dgn mak sedara buat...hu..hu..tapi kalu pengunjung nak cuba rasanya ....apa salahnya...nie dia resepi Talam Sagu...Selamat mencuba....

saya sarankan try resepi talam tokyo kak yatie yg lain...sbb resepi nie macam ada kekurangannya...saya pun akan cuba resepi talam tokyo lain..sehingga jumpa yg sedap kat tekak nie...

Resepi: Talam Sagu @ Tokyo
Sumber: blog Kak Yatie

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan sago (cuci dan toskan) - next time nk try rendam sekejap...
  • 1 paket suon (bungkusan kecil, di rendam dan dipotong)
  • 1/2 cawan kelapa parut - next time ..nak lebihkan
  • 1/2 cawan santan - next time nak lebihkan
  • secubit garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar dan toskan. Rendam suon berasingan dan potong kecil.
  2. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang 8" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 15 minit dan tekankan dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung hong kue
  • pewarna kuning dan hijau
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Tapis dan bahagi adunan kepada dua bahagian.
  3. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi diwarnakan kuning.
  4. Tuangkan adunan kuning ke atas lapisan bawah (cakar2 sedikit lapisan sago tu, dan kukus selama 10 minit.
  5. Kemudian masukan adunan hijau dan kukus selama 20 minit lagi. Padamkan api dan biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong. Sedia dihidang.
Bahagian lapisan atas rasa2nya next time kena kurangkan separuh sebab tebal sangat...ikut resepi asal memang kak yatie buat 2 lapisan...

Friday 23 March 2012

Apam Puteri Ayu

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...semoga hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat anda semua...semalam Mama Leen mencuba Puteri Ayu nie...dari Rossitam...ayat - ayat powernya mengatakan kuih nie gebus macam kat hotel.... tu yang mendorong hati dok ingin mencuba...lagi pun nie memang kuih favourite saya ..kalu ada kat gerai kuih tepi jalan tu...mesti beli kuih nie...


 Bila dah mencuba dan merasa hasilnya...emm memang gebus kuih nie....dah sejuk pun still lembut...tak rugi mencuba...


 Anak - anak pun suka ...tapi anak saya yang no tiga, si Faris nie...suka makan hampas kelapa je...sapa pulak dok nak makan apamnya..bila di suruh makan semua sekali ....dia buat tak reti je....hu..hu..



Terima kasih kat Kak Azita...Rossitam..kerana sudi kongsikan resepi yang gebus nie....minta izin saya CNPnya di sini ye....



APAM PUTERI AYU
Resepi:
Rossitamz @ Azita
Sumber:
SL aka Nina @ Sweetlily Kitchen

Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )
  • 5 biji telur (saiz kecil) - Mama Leen - 4 biji saiz sederhana
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan - Mama Leen guna daun pandan kisar dengan santan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Jangan lupa tutup penutup kukusan dengan kain...
Selamat Mencuba ...semua

Tuesday 20 March 2012

Banana Chocolate Rice Cake

 Selamat Petang semua...hari nie..menu minum petang...Banana Chocolate Rice Cake...terkurang pulak chocolate ricenya...tapi memang sedapp... cuma..lembab sikit kat bawahnya..mungkin pakai susu cair kot..almaklumla stok susu segar dah habis...main belasah apa yang ada..hah nie la hasilnya...

 nie kek snap.... fresh baru keluar oven..tengok tu...sampai merekah...

Resepi nie ambil dari blog Masam Manis..Kak Ita...atas kek tu saya tabur kacang walnut..emmm memang sedap...

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee
 
Rujukan :
Buku Lovely Butter Cakes

Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh :
Ummi @ Home Sweet Home
Sumber: Blog Masam Manis

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ jika suka
Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice @ 50gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ jika suka
1/4 cawan hirisan badam @ kacang pistchio@ apa2 jenis kekacang
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.

Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata

Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas @ guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja..

Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ jika letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak. Saya tukar suhu 185C.

Friday 9 March 2012

Muffin Pandan


Assalamualaikum dan Selamat Petang semua..
Muffin nie buat petang semalam...dan saja nak cuba buat muffin nie...tengok kat blog Kak Anim...macam sedap dan mudah je membuatnya...hasilnya..emm sedap gak...cuma bebudak nie kurang minat perisa pandan...perisa coklat...memang kegemaran bebudak nie...Jom kita lihat..kejadiannya..

 

Resepi: Muffin Pandan
Sumber: My Kitchen

200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) 
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya . 
Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.

Untuk oven Leen ..tukar 180C

Wednesday 7 March 2012

Gulai Lemak Lobak Kentang

Hai ...Selamat Petang semua...tengah hari tadi masak Gulai lemak nie...teringat mak atuk dulu masak kat kampung tapi dia letak betik muda...kat sini mana nak cari betik muda...maka saya pun cubalah pulak guna kentang dan lobak...menjadi gak...bebudak pun suka...resepi ni..sesuai untuk sesiapa yang nak masak dan nak makan cepat...apalagi cuba..jangan tak cuba...


Gulai nie saya lawan dengan telur bistik...sebab kesukaan anak - anak...kalu ornag tua lawan dengan sambal belacan ke sambal tumis ke....memang terangkat...

Resepi: Gulai Lobak Kentang

1 biji kentang - disagat halus
1/2 biji lobak merah - disagat halus
1/2 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih
sejemput ikan bilis ditumbuk
sedikit garam
santan segera - 1 kotak
1 keping - asam keping
sedikit perasa - jika suka

Cara:

1. Buang kulit lobak dan kentang. Kemudian disagat halus.
2. Tumis bawang dan ikan bilis. Setelah naik bau masukkan santan dan campur sedikit air.
2. Masukkan lobak dan kentang yang telah disagat halus. Tunggu hingga mendidih..sementara tu sesekali di kacau kuah tersebut.
3. Masukka garam, perasa dan asam keping.
4. Bila dah mendidih...tutup api dan hidangkan.


Tuesday 6 March 2012

Donut...simple


Selamat Malam..semua...ada kesempatan masa nie...N3 la kejap mendonut petang tadi...resepi nie cukup mudah dan bahan2nya pun memang sentiasa aje ada kat umah nie...lepas uli ..pun tak perlu tunggu lama2 hingga doh tu naik...Sesuai untuk sesiapa yang baru balik keje dan perut pun dah lapar..anda mesti cuba sebab donut nie senang diuli dan cepat...serta tak melekat kat tangan serta lembut je...dah sejuk pun masih sejuk...Jom cubala....

Resepi nie saya ambil dari dapur Kak Yatie...

Resepi : Donut

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut)
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) - (1 cwn = 100gm anggaran)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter - (2 sudu besar)
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran) - nie saya tak letak
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dikacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Monday 5 March 2012

Kek Karamel...

Assalamualaikum..dan Selamat Pagi Semua...Moga - moga hari nie...merupakan hari yang terbaik berbanding hari semalam untuk anda semua...Insya Allah...

Hari nie..Leen nak tunjukkan kek yang paling famous tahun lepas...yang berjaya Leen buat sendiri..sebelum nie N3 Leen dulu tu...semasa dalam pantang dan suruh adik buat..tapi kali nie..saja mencuba sendiri...Jom kita lihat hasilnya...hi...hi..



 Kek nie bahagian karamel tu..perisa ros dan bahagian kek tu perisa strawberi...emm...memang sedap...masuk dalam peti ais...makan sejuk-sejuk pun sodap....

Ini pula saja tunjuk kaedah steam bath @ steam bake @ bain marie...iaitu letak acuan kek karamel tu pada loyang yang berisi air panas...nampak membukit kan kek tu...jangan risau ...nanti dah sejuk ia akan turun sendiri.. ngam2 paras loyang tu ...Leen guna loyang 8" je...

Resepi: Kek Karamel


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balikKemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.


Kemudian, tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karamel tadi.
Belang - belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Dalam blog kak Ita, ia panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, dia tukar pada suhu 160C.Gunakan api bawah sahaja. Tapi bagi oven saya.... saya naikkan sikit suhu 180 sebab bila tgk separuh masa tu bergoyang lagi kek tu...mcm lambat masak..so saya naikanlah 180c...bergantung pada oven masing2lah ye...alhamdulilah...jadik gak...
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Saturday 3 March 2012

Kek Coklat Karamel


Semalam cuba buat kek nie.sebab nampak senang je..dan bahan pun ada semua...bila dah masak emm...sedap gak kek nie...cuma next time suhu kena tukar ikut oven Leen...180 C....sebab dalam resepi Diana tu..160C masih belum mengeras lagi puding tu..dan kek pun masih belum masak.... 


Cara cairkan gula hangus tu Leen ikut cara Kak Anim..My Kitchen...apa -apa pun memang senang  dan moist kek nie...Jom Cuba...lihat la resepinya ..Leen dah ubah suhu tu ikut oven Leen ye...


Resepi: Kek Coklat Karamel

A) Bahan ( Gula Karamel )
2 sudu besar gula(jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti)

Pilih salah satu 2 cara ini:
Cara 1:
Tabur gula pasir atas loyang.
Buka api gas perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas.
Cara 2:
Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula jangan pelik pula ya).
B) Bahan (Puding Karamel)
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis
½ sudu teh esen vanilla

Cara:
 1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
 2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
 3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 180°C dengan menggunakan api atas bawah ).
4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... (sementara tu sediakan adunan kek coklat).

C) Bahan Kek Coklat:
1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula 
1 cawan minyak masak *
2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
3/4 cawan tepung gandum #
1 sudu teh soda bikarbonat #
1 sudu teh baking powder # ( bahan # diayak bersama )
4 biji telur - blend hingga halus
Cara:
1.    Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
2.    Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
3.    Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
4.    Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
5.    Bakar pada suhu 180°C  selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 
6.    Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...